Kesalahan-Kesalahan Yang Merugikan Banyak Usahawan... Adakah Anda Salah Seorang Daripada mereka?

Adakah anda terlepas daripada melakukan "dosa" yang menyebabkan ramai orang gagal mendapat jualan daripada iklan mereka? Kesalahan ini telah menyebabkan ramai orang terpaksa berpuas hati dengan jumlah jualan yang kecil... dan menyebabkan mereka dengan geramnya berkata, "ceh, ingatkan boleh dapat duit banyak dengan produk ni."

Adakah anda melakukan kesalahan-kesalahan di bawah? Lihat senarai di bawah ini dan lihat adakah anda juga melakukan kesalahan-kesalahan tersebut.

Kesalahan pertama yang dilakukan oleh usahawan ialah...

Tidak menulis tajuk atau headline yang dapat menarik
orang untuk membaca iklan mereka!

Tahu tak, kesalahan ini sahaja telah menyebabkan ramai usahawan tempatan untuk tidak mendapat jualan yang sepatutnya menjadi milik mereka kerana mereka lupa...

Orang Membaca Headline Dulu Sebelum Membaca Iklan Mereka!

Apabila anda membuat tajuk yang lemah, anda akan merugikan diri anda sendiri dan itu tidak sepatutnya berlaku. Anda perlu membuat tajuk yang betul-betul bagus, dan dapat menarik prospek yang betul untuk membaca iklan anda.

Tapi bukan itu sahaja. Ramai usahawan...

Memberikan sebab kepada pembaca
untuk TIDAK membaca!

Ya, kesalahan ini juga sering dilakukan oleh ramai usahawan. Adakah surat jualan anda membosankan? Anda memberikan sebab kepada pembaca anda untuk tidak membaca. Mereka akan pergi macam tu sahaja.

Iklan bukan sahaja tentang mendapatkan perhatian, tetapi apa yang buat lepas anda mendapat perhatian mereka. Lepas anda dapatkan perhatian mereka, anda tidak boleh memberikan sebab kepada mereka untuk cakap "bye bye" kepada iklan anda.

Kesalahan ketiga yang saya pasti ramai orang buat ialah:

Tidak Memberitahu Prospek Dengan
Cepat Apa Yang Mereka Mahukan!

Maksud saya, masa anda berputar-beli, anda akan menyebabkan mereka kata, "Ceh. Dia dah start merepek dah, masa untuk bla dari website ni."

Adakah anda mahu mendapat respon sebegitu daripada pembaca anda?

Apa yang baru baca adalah faktor-faktor kenapa ramai orang gagal dalam usaha mempromosikan bisnes diorang. Dan paling penting untuk anda ialah...

Anda Boleh Mengelakkan Semua
Kesalahan Tersebut
!

Yep, anda boleh mengelakkan daripada melakukan kesalahan-kesalahan di atas. Anda hanya perlukan seseorang untuk menunjukkan anda langkah demi langkah bagaimana untuk membuat surat jualan dan iklan yang hebat.

Dah tahu kenapa orang gagal tulis iklan yang hebat?

Elakkannya daripada berlaku
kepada anda!

Nak tahu dengan lebih lanjut macam mana nak mengelakkan kesalahan-kesalahan ini daripada berlaku kepada anda? Klik sini untuk maklumat lanjut